SUARA AWANG SELAMAT
APABILA Awang melihat sikap negara Arab terhadap isu Palestin dan menjenguk situasi politik di tanah air kita, satu sahaja yang terlintas dalam fikiran Awang iaitu peringatan Rasulullah SAW berhubung umat Islam akhir zaman.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda;
“Akan datang umat-umat yang berkerumunan ke atas kalian seperti kerumunannya orang-orang yang makan pada satu pinggan.” Maka seorang bertanya : “Apakah jumlah kami pada ketika itu sedikit?” Baginda SAW menjawab: “Bahkan jumlah kamu pada saat itu ramai.
”Akan tetapi keadaan kamu seperti buih-buih di lautan. Dan sesunguhnya Allah akan mencabut dari (hati) musuh-musuh kamu rasa takut terhadap kamu serta akan ditimpakan (penyakit) al-Wahn di dalam hati-hati kamu.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah al-Wahn?” Baginda menjawab: “Cinta kepada dunia dan takut mati.”
Macam tu la keadaan umat Islam sekarang kat Malaysia mahupun a luar negara. Di benua Arab terdapat 22 buah negara anggota Liga Arab tetapi mereka tak boleh buat apa-apa kat Israel yang sedang membunuh rakyat Palestin dan menghancurkan Gaza setiap hari.
Walaupun Israel dah serang tujuh buah negara termasuk Qatar, negara Arab hanya mampu mengecam, tak ada apa-ap-apa tindakan. Turkiye bukan negara Arab tetapi tergolong antara 26 negara Islam dalam benua Asia yang sebelum ini begitu lantang dalam isu Palestin, kini sudah semakin kendur suaranya.
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan akan bertemu dengan Presiden Donald Trump di Rumah Putih minggu depan..bukan untuk berbincang isu Palestin tetapi urusan perdagangan.
“Kami sedang bekerjasama dalam banyak perjanjian perdagangan dan ketenteraan dengan Presiden, termasuk pembelian besar-besaran pesawat Boeing, perjanjian utama F-16, serta perbincangan berterusan mengenai F-35 yang kami jangka akan berakhir dengan hasil yang positif,” tulis Trump di platform Truth Social miliknya.
Di tanah air pula, pemimpin-pemimpin Melayu berbalah semasa sendiri. Dalam seminggu ini Pas menjadi sasaran bukan sahaja daripada lawan politiknya seperti PKR, Amanah dan UMNO tetapi juga Bersatu yang merupakan sekutu dalam PN.
Walaupun Awang kecewa sikit tengok keadaan ini tapi Awang ucap tahniah kepada Pas kerana sudah menjadi parti yang digeruni, dicemburui. Semua ‘serang’ Pas…daripada penganalisis politik hinggalah pemimpin Bersatu..
Cuma Awang harap kritik janganlah sampai bermusuh. Kalau bermusuh kita semua menjadi lemah sebab tu la sekarang dah ada puak yang ‘naik tocang’ sebab dia tahu parti Melayu tak kan bersatu.
Macam mana nak bersatu, kalau ada yang burukkan sekutu sendiri, ada yang jadi tukang cucuk, ada yang bersikap talam dua muka dan macam-macam perangai buruk lain. Kat negara-negara Arab pun ada perangai macam tu..patutlah umat Islam dah nak jadi buih…
Awang – dah berbuih mulut cakap