KEBIADABAN Israel semakin menggila apabila rejim Zionis itu melancarkan serangan ke atas Doha atas alasan menyasarkan pemimpin Hamas di ibu negara Qatar itu.
Walaupun pada awalnyapendedahan Israel tidak menyatakan secara khusus tentang lokasi sasaran serangan udara tersebut, namun perkembangan semasa menghubungkan kemungkinan situasi itu.
Kaitan pengumuman Israel dengan insiden letupan di Qatar turut dilaporkan oleh Al Jazeera, yang menyatakan bahawa kesan beberapa letupan berkenaan menyebabkan kepulan asap hitam yang jelas di tengah bandar raya berpopulasi sekitar 2 juta orang itu.
Sementara itu Pemerintah Qatar mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengecut Israel yang menyasarkan bangunan kediaman yang menempatkan beberapa anggota Biro Politik Hamas.
Penasihat Perdana Menteri dan Jurucakap Rasmi Kementerian Luar Negeri Dr. Majed bin Mohammed Al Ansari berkata;
“Serangan jenayah ini merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap semua undang-undang dan norma antarabangsa, dan menimbulkan ancaman serius terhadap keselamatan warga Qatar dan penduduk di Qatar,” katanya.
Beliau berkata, pasukan keselamatan, pertahanan awam, dan pihak berkuasa yang berkaitan a mula menangani insiden itu dan mengambil langkah yang perlu untuk membendung kesannya dan memastikan keselamatan penduduk dan kawasan sekitar.
” Qatar tidak akan bertolak ansur dengan tingkah laku melulu Israel ini dan gangguan berterusan keselamatan serantau, mahupun sebarang tindakan yang menyasarkan keselamatan dan kedaulatannya. Siasatan sedang dijalankan di peringkat tertinggi, dan butiran lanjut akan diumumkan sebaik sahaja ia tersedia,” katanya.
Serangan itu dilakukan serangan itu terjadi beberapa hari setelah Panglima Angkatan Darat Israel Eyal Zamir mengancam akan membunuh para pemimpin Hamas yang tinggal di luar negeri.
Serangan juga terjadi beberapa jam selepas etelah Menteri Luar Negeri Israel Gideon Saar mendakwa Israel telah menerima cadangan gencatan senjata Gaza yang dikemukan oleh AS.
Sementara itu Al Jazeera melaporkan delegasi rundingan Hamas diketuai Dr Khalil Al-Hayya terselamat dalam serangan berkenaan.