Tuduh Malaysia jadi pusat operasi Hamas… tak payah layan ‘Yahudi mabuk’ Jonanthan Schanzer

SUARA AWANG SELAMAT

AWANG sebenarnya malas nak layan komen Jonanthan Schanzer – bekas penganalisis kewangan keganasan di Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat yang mendakwa Malaysia telah lama menjadi pusat operasi anggota Hamas.

Sebagai seorang yang belajar di Universiti Hebrew Jerusalem, pernah menjadi Pengarah Polisi di Pusat Polisi Yahudi (JPC) serta menjadi anggota pemikir Gabungan Yahudi Republikan, sudah pastilah beliau akan menyebelahi rejim Zionis, menyokong Perdana Menteri Benjamin Netanyahu serta berfikiran tak berapa menentu seperti Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Jadi bila Awang baca dia kata Malaysia dah lama jadi pusat operasi anggota Hamas, Awang anggap dia ni ‘Yahudi mabuk’ tak perlu nak layan…buang masa sahaja. Rasa Schanzer ni yang belajar bahasa Arab di Universiti Amerika, Cairo tak pernah sampai pun ke Malaysia.

Mungkin juga masa tengah ‘dok high’ Schanzer tulis merepek kaitkan Malaysia dengan Hamas. Kat Malaysia mana ada Hamas…MAS, emas,nenas, Bernas, Modenas ada la..Maafla Awang bagi contoh bukan nak merapu macam dia.

Cuma Awang tahu Schanzer dah lama geram dengan Malaysia sebab sejak dulu kini dan selamanya tidak kira siapa pun menjadi Perdana Menteri dan tak kira parti manapun memerintah,  bermula daripada Tun Dr.Mahathir Mohamad hinggalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, pendirian Malaysia dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis dengan sokongan AS tidak pernah berubah.

Tambahan pula baru-baru ini Anwar ketika berucap di Doha menggesa tindakan seberat-beratnya mesti dilaksanakan dengan segera termasuk menghentikan pertemuan diplomatik dan memutuskan hubungan perdagangan dengan Israel.

Tu la punca Schanzer marah sangat dengan Malaysia. Dia tahu walaupun Malaysia negara kecil, dia faham walaupun Malaysia tidak mempunyai kekuatan sehebat Amerika Syarikat tetapi suara Malaysia dalam mempertahankan rakyat Palestin serta menentang kekejaman Israel tidak boleh dipandang ringan.

Jadi dia pun tuduh Malaysia dah lama jadi pusat operasi Hamas. Kalau tengok latar belakang pendidikan dan karier Schanzer ni memang hebat tetapi rupanya akal ada masalah.Kalau kambing dengar tuduhan Schanzer, binatang yang tak ada akal  tu pun ‘tersenyum’… punya la tak cerdik  ‘Schanzer si Yahudi mabuk’ ni.

Schanzer ni ada Phd daripada King’s College London dan pernah menjadi juruanalisis bahagian counter terrorism di Jabatan Perbendaharan AS tetapi yang lucunya, kalaulah Malaysia ni jadi pusat operasi Hamas tak kan Trump nak datang bulan depan.

Bukankah Trump tidak akan berkompromi dengan mana-mana negara yang ada kaitan dengan puak seperti Hamas dan Hizbullah? Satu lagi, di Kuala Lumpur ni bangunan Kedutaan AS kat Jalan Tun Razak cukup gah…tak kan duta dan diplomat serta perisikan tak tahu kat Malaysia ada pusat operasi Hamas atau tidak?

Kesian kat Schazer mungkin  populariti dia tengah merudum jadi dia ‘serang la’ Malaysia walaupun tak logik..sama la macam ‘Yahudi mabuk’ menari atas meja supaya orang bagi perhatian kat dia.

Awang – ‘mabuk’ tapai

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img