10 kereta, sebuah motosikal musnah dalam kebakaran bengkel

SEBANYAK 11 buah kenderaan musnah dalam kebakaran sebuah bengkel kenderaan di Jalan Dato Keramat, Pulau Pinang hari ini.

Kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan manakala pemilik kesemua kenderaan yang terbakar belum dikenal pasti.

​ Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 2.51 petang.

Beliau berkata, operasi pemadaman api membabitkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dengan kekuatan seramai 10 anggota.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan bengkel kenderaan dengan kemusnahan keseluruhan dianggarkan 80 peratus. Terdapat sebuah kereta dan 10 motosikal musnah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, operasi pemadaman segera dilakukan dan api berjaya dikawal pada jam 3 petang sebelum padam sepenuhnya 15 minit kemudian.

“Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img