10 pemain Everton pastikan  Man United terus kecundang di Old Trafford

WALAUPUN hanya bermain 10 orang, Everton berjaya menewaskan Manchester United 1-0 di Old Trafford yang turut menyaksikan  insiden luar biasa apabila Idrissa Gueye dikenakan kad merah kerana cuba menampar rakan sepasukannya sendiri Michael Keane.

Dalam insiden itu  Gueye bertengkar dengan Keane pada awal separuh masa pertama dan rakaman menunjukkan beliau mengangkat tangan ke muka pertahanan tersebut. Gueye kemudiannya memohon maaf kepada rakan-rakan sepasukannya selepas perlawanan.

Insiden itu sepatutnya memberi peluang kepada Man United untuk menguasai permainan sepenuhnya  namun yang berlaku adalah sebaliknya. Man United pula yang dilihat bagaikan bermain dengan 10 orang apabila rembatan jauh Kiernan Dewsbury-Hall menerjah jaring membolehkan Everton mendahului 1-0.

Selain insiden Gueye dibuang padang yang dianggap kes luar biasa, tiada apa-apa yang luar biasa yang dilakukan oleh Man United untuk menyamakan kedudukan sehingga pemain-pemainnya diejek oleh penyokong sendiri apabila perlawanan berakhir.

Hasrat Man United untuk mencatatkan kemenangan keenam berturut-turut lebur sebaliknya Everton pula mencatat rekod apabila menewaskan Man United kali pertama di Old Trafford  dalam tempoh 12 tahun.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img