152 PATI ditahan dalam operasi di pusat beli-belah di Cheras

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) menahan seramai 152 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu operasi di premis menjual makanan di sebuah pusat beli-belah terkenal di Cheras, malam tadi.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, dalam operasi yang bermula jam 8 malam itu, seramai 890 individu diperiksa melibatkan 458 warga asing dan 432 warga tempatan.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 82 lelaki dan 70 wanita berusia antara 21 hingga 42 tahun antaranya berasal dari Myanmar, China, Indonesia dan Bangladesh telah ditahan.

Menurutnya, mereka ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada dokumen perjalanan sah, melanggar syarat pas, tinggal lebih masa dan pemegang kad yang tidak diiktiraf di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“JIM menjalankan risikan selama seminggu sebelum operasi dijalankan berikutan aduan orang ramai mengenai kehadiran ramai warga asing yang bekerja di premis menjual makanan di pusat beli-belah itu,” katanya lapor Bernama.

Lokman Effendi memberitahu, operasi penguatkuasaan itu melibatkan seramai 112 pegawai dan anggota imigresen.

Kesemua PATI yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen KLIA untuk siasatan lanjut, katanya.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img