2 lelaki ditahan bersama dadah MDMA bernilai RM347,000

POLIS menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan dua lelaki bersama dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) bernilai RM347,000 dalam satu operasi bersepadu di sekitar kawasan pusat bandar raya Georgetown bermula Isnin hingga semalam.

Operasi itu dijalankan bermula pukul 10  malam Isnin hingga 3.53 pagi semalam oleh Pasukan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut hasil risikan dan intipan yang dijalankan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, dalam operasi itu, pihaknya menahan dua lelaki tempatan berusia 47 dan 53 tahun dalam sebuah kereta.

“Polis turut merampas 130 peket plastik pelbagai warna yang mengandungi serbuk dipercayai dadah jenis MDMA dengan anggaran berat 2.07 kilogram bernilai RM347,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hasil risikan mendapati kegiatan pengedaran dadah didalangi dua lelaki itu aktif sejak Oktober tahun lalu untuk pasaran tempatan, khususnya di pusat hiburan dan semua dadah yang dirampas boleh digunakan oleh 6,928 penagih.

Abdul Rozak berkata, saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah dan semakan rekod lampau mendapati suspek pertama mempunyai satu rekod jenayah, manakala suspek kedua pula mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan dadah.

Katanya, polis turut menyita tiga buah kenderaan, wang tunai serta sebentuk cincin dengan nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah RM624,800.

Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 19 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img