23 aktivis Global Sumud Frotilla Malaysia dibebaskan, pulang ke tanah air esok atau lusa

KESEMUA 23 aktivis Global Sumud Frotilla (GSF) dari Malaysia yang ditahan tentera Israel dibebaskan hari ini dan kini dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Ramon, di Israel sebelum berangkat di Istanbul, Turkiye untuk pulang ke tanah air.

Ketika mengumumkan berita gembira tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesemua mereka akan  pulang esok atau lusa.

“Rundingan saya dengan Ketua Risikan Malaysia yang ada di Ankara (Turkiye) ketika ini untuk menyelaraskan bersama duta besar dan kedutaan Malaysia di Ankara. Mereka akan berlepas pulang esok malam atau lusa. Itu kita sedang atur,” katanya melalui siaran langsung  Facebook beliau hari ini.

Anwar berkata, beliau bersetuju kesemua aktivis itu diberi sedikit ruang masa untuk menginap di Istanbul bagi tujuan menyelesaikan beberapa keperluan mereka.

“Lebih baik mereka itu menginap di Istanbul, satu, satu setengah hari dulu untuk siasatan kesihatan dan akibat trauma, tekanan rejim zalim Israel yang sudah bertindak agak keras terhadap mereka, saya setuju. Sekarang ini kita dapat berita yang sangat menyenangkan dan tentunya kita juga dengan semua rundingan ini, saya tidak hanya membatasi keselamatan rakyat Malaysia dan Turkiye.

“Kita juga bicara tentang semua termasuk eropah, rakan Indonesia dan lain negara yang bersama dalam rombongan pembebasan Sumud Flotilla yang pada hemat saya sangat berjaya,” katanya.

Anwar turut memaklumkan terdapat tiga aktivis GSF dari Malaysia pada mula keberatan untuk menandatangani arahan pengusiran dari Israel, namun berubah fikiran untuk pulang.

Beliau berkata, usaha pembebasan itu adalah hasil kerjasama erat dengan Turkey, khususnya Presiden Recep Tayyip Erdogan.

“Melalui kerjasama penuh kerajaan Turkiye, ini langkah menyusul rundingan diplomatik yang agak panjang termasuk menerusi Kementerian Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan sendiri dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco (Antonio) Rubio.

“Selain itu, kerajaan Jordan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan wakil khas Presiden AS, Steve Witkoff dan saya sendiri dengan Perdana Menteri Qatar dan Ketua Keselamatan Negara Turkiye, Dr Ibrahim Kalin,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img