3 maut terkena renjatan elektrik, disyaki cuba curi kabel TNB

TIGA lelaki maut akibat renjatan elektrik dipercayai semasa cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang di Taman Rapat Perdana, Ipoh pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, mayat tiga lelaki itu ditemukan ketika sepasukan anggota menyiasat lokasi terbabit, sebaik sahaja menerima aduan awam mengenai kes curi kabel.

Beliau berkata, aduan itu diterima Balai Polis Kampung Rapat kira-kira jam 10 pagi.

“Siasatan awal mendapati semua lelaki berusia antara 35 hingga 50 tahun itu sudah meninggal dunia dipercayai akibat terkena renjatan elektrik, semasa cuba memotong kabel pada tiang milik TNB.

“Mayat mereka kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img