3 nyaris maut Myvi terjatuh gaung sedalam 15 meter di Gopeng

SEORANG lelaki dan dua wanita nyaris maut selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 15 meter di Kilometer 299.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Gopeng, Ipoh hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, ketiga-tiga mereka termasuk seorang daripadanya tersepit di dalam kenderaan. Bagaimanapun, kesemua mangsa dilaporkan hanya mengalami cedera ringan.

ANGGOTA bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan tiga individu yang dari dalam sebuah Perodua Myvi yang terjatuh ke dalam gaung sedalam 15 meter di Lebuhraya Utara Selatan di Gopeng, Ipoh pagi tadi. GAMBAR: JBPM Perak

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.06 pagi.

Beliau berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dan BBP Tapah yang melibatkan 11 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera pada jam 9.30 pagi, didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang terbabas dan terjatuh ke dalam gaung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata, komander operasi melakukan penilaian awal sebelum mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota menjalankan kerja-kerja penyelamatan.

Katanya, anggota menggunakan peralatan spine board dan basket stretcher bagi mengeluarkan mangsa dari gaung sehingga semua mangsa berjaya diselamatkan.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi berjaya dikawal pada jam 10.05 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 10.17 pagi.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img