4 cedera dalam kemalangan 4 kenderaan dekat Pekan Kapar

TIGA lelaki warga asing dan seorang wanita Melayu cedera selepas terbabit dalam kemalangan empat buah kenderaan di Kampung Bukit Cerakah, berhampiran Pekan Kapar, Klang pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, panggilan kecemasan diterima pukul 9.07 pagi.

“Sebuah jentera bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, Komander operasi melaporkan berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori tanah, lori sampah dan dua buah Perodua Myvi.

“Terdapat tiga mangsa lelaki dewasa (warga asing) dan seorang perempuan berbangsa Melayu berusia 34 tahun mengalami kecederaan.

“Kesemua mangsa telah dikeluarkan dari kenderaan sebelum pihak bomba sampai dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.


 

UNDILAH

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img