4 lelaki maut pikap langgar pokok dekat SKVE

EMPAT lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka melanggar sebatang pokok di Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), dekat Saujana Putra awal pagi tadi.

Kesemua mangsa yang meninggal dunia berusia dalam lingkungan 40-an itu dalam perjalanan ke Teluk Panglima Garang.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, lima pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kira-kira pukul 2.21 pagi.

Katanya, komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang melanggar sebatang pokok.

“Terdapat tiga mangsa tersepit dan seorang lagi tercampak keluar dari kenderaan dinaiki.

“Mangsa tersepit berjaya dibawa keluar sebelum disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img