4 warga China ditahan kurung, samun rakan senegara lebih RM1 juta

EMPAT warga China termasuk seorang wanita ditahan polis bagi membantu siasatan kes kurung dan samun lelaki rakan senegara mereka di ibu negara pada Sabtu lalu.

Kesemua mereka ditahan selepas polis menerima laporan daripada mangsa berusia 37 tahun yang mendakwa kerugian lebih RM1 juta.

Menurut jurucakap polis, dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa pada mulanya makan malam bersama rakan kongsi bersama individu lain termasuk isteri kenalannya.

“Dia kemudian dibawa melihat sebuah rumah kononnya ingin meminta pandangannya berhubung kediaman terbabit.

“Ketika berada di kediaman itu, dia kemudian dibawa ke salah satu bilik dan terkejut melihat empat lelaki memakai topeng serta pelitup muka mengacu pisau dan kayu,” kata jurucakap polis itu kepada Harian Metro.

Menurut jurucakap polis itu, mangsa kemudian dipaksa memindahkan wang tunai secara dalam talian ke akaun bank sebanyak beberapa kali dengan jumlah keseluruhan lebih RM1 juta.

“Selepas berjaya mendapatkan wang itu, mangsa dikurung di dalam rumah itu manakala suspek melarikan diri.

“Mangsa bagaimanapun berjaya memecah pintu bilik dan tampil membuat laporan di Balai Polis Sentul,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Polis sudah menahan empat orang iaitu tiga lelaki warga China dan seorang wanita warga China bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 342, Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan,” katanya.

 


 

UNDILAH

Loading poll ...

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img