5 orang termasuk bayi berusia 8 bulan dibunuh, ditanam dalam satu lubang di rumah mereka

POLIS Indramayu masih menjalankan siasatan terhadap pembunuhan lima sekeluarga yang mayat ditemukan dalam sebuah lubang di rumah mereka di daerah Paoman, lewat petang semalam.

Penemuan lima mayat itu membangkitkan kemarahan penduduk memandangkan turut dibunuh seorang kanak-kanak berusia tujuh dan seorang bayi berusia lapan bulan. Tiga lagi mayat ialah Sahroni (75), Budi (45) yang merupakan anak Sahroni, Euis (40) isteri Budi.  Kanak-kanak dan bayi berkenaan adalah anak Budi dan Euis.

Salah seorang ahli keluarga mangsa, Ema memberitahu, kesemua mereka masih hidup pada hari Jumaat malah pada petang hari tersebut, salah seorang mangsa dikatakan membeli ayam bakar.

“Katanya ada tamu dari Tangerang, gak tau nginep atau gak (tak tahu menginap atau tidak). Dia (mangsa) beli ayam bakar . Bila ditanya kenapa beli banyak-banyak, katanya ada teman dan saudara datang,” katanya lapor Republika.co

Ditanya adakah ditemukan apa-apa bukti pada mayat mangsa, Ema berkata, Budi ditemukan dalam keadaan kaki dan tangannya diikat.

Budi dipercayai dibunuh di salah satu bilik kerana ada percikan darah di kamar tersebut.

Ema berkata, dia  sangat sedih kerana keluarga  itu meninggal dunia dalam keadaan mengerikan dan  tidak mengetahui apakah mereka mempunyai  masalah dengan orang lain atau tidak.

Ketika ditanyakan apakah ada barang berharga milik mangsa yang hilang, Ema menyatakan, sepengetahuannya tidak ada. Bahkan, tidak ada barang yang rosak.

Kasi Humas Polres Indramayu, AKP Tarno, menjelaskan, pihaknya masih menyelidiki kasus tersebut. Kelima korban telah dibawa ke Rumah Sakit Bhayangkara Indramayu untuk proses identifikasi dan otopsi.

Ketua Bahagian Hubungan Awam Polis Indramayu, Assisten Komisioner Polis Tarno berkata, pihaknya masih menyiasat motif tersebut.

”Kita sudah mengambil keterangan daripada lima orang saksi dan menyita sejumlah barang bukti iaitu cangkul, baldi kecil, kain dan cadar yang terdapat kesan darah,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img