5 rumah teres musnah dalam kebakaran di Klang

LIMA buah rumah teres hampir musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku di Batu 5, Kampung Johan Setia, berhampiran Masjid Al-Hidayah di Klang, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu kira-kira jam 2.37 petang.

Menurutnya, sebaik sahaja dimaklumkan, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dibantu BBP Klang Utara dan BBP Klang Selatan tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan lima buah rumah teres yang musnah kira-kira 95 peratus, namun kejadian ini tidak melibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa,” katanya, lapor Bernama.

Menurut Ahmad Mukhlis, operasi yang melibatkan 29 anggota itu berjaya mengawal kebakaran pada jam 2.54 petang dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Difahamkan, pada 6 Januari lalu, berlaku kebakaran melibatkan lapan unit rumah sewa juga di Kampung Johan Setia, berhampiran Rumah Anak Yatim Al-Munirah.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img