7 maut,114 hilang dalam kejadian tanah runtuh di Bandung Barat

TUJUH terkorban manakala 114 yang lain hilang dalam kejadian tanah runtuh di Bandung Barat pada awal pagi ini.

Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Kebencanaan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, Abdul Muhari, berkata kejadian itu dicetuskan oleh hujan berintensiti tinggi dan berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi (pukul 3.30 pagi) di Desa Pasir Langu, Kampung Babakan Cibudah.

Bahan runtuhan tanah menimbus kawasan perumahan penduduk, mengakibatkan kematian serta menjejaskan penduduk setempat.

“Selain mangsa yang terkorban, seramai 23 orang dilaporkan selamat. Bencana ini menjejaskan kira-kira 34 ketua keluarga atau 113 penduduk, manakala jumlah rumah yang rosak masih dalam proses pendataan oleh petugas di lapangan,” kata Abdul Muhari.

Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Bandung Barat telah menjalankan penilaian pantas dan penilaian awal di lokasi kejadian serta melaksanakan usaha tindak balas kecemasan dan operasi pencarian mangsa.

Bandung Barat kini berada di bawah Status Siaga Darurat bagi Bencana Banjir, Banjir Kilat, Cuaca Ekstrem dan Tanah Runtuh.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img