Pelaburan tak wujud melalui aplikasi Telegram, wanita rugi RM91,000

SELEPAS aplikasi WhatsApp digunakan bagi memperdayakan orang ramai, turut digunakan oleh sindiket ialah aplikasi Telegram.

Terbaru seorang wanita tempatan berusia 35 tahun di Kuching mengalami kerugian RM91,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud melalui aplikasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner  Alexson Naga Chabu berkata berdasarkan laporan pada 11 Januar lepas, mangsa telah ditawarkan satu pelaburan MGM melalui aplikasi Telegram oleh individu tidak dikenali yang menjanjikan keuntungan lumayan.

“Mangsa yang berminat dengan tawaran tersebut kemudiannya diarahkan membuat pindahan wang ke akaun diberikan. Seterusnya, mangsa telah membuat lima transaksi pembayaran ke dalam lima akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM91,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alexson berkata mangsa menyedari dirinya tertipu apabila gagal mengeluarkan wang pelaburan itu berserta keuntungan dijanjikan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img