LAMAN Pekan Łama di Pekan, Pahang Darul Makmur sememangnya salah satu lokasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai.
Pelbagai sejarah mengenai negeri Pahang dipaparkan termasuklah juga Kesultanan Pahang Moden. Institusi kesultanan itu bermula daripada 1881 hinggalah kini.
Namun apa yang mengecewakan terdapat kesalahan bahasa yang agak ketara di papan maklumat beberapa sultan. Kesilapan turut berlaku bagi papan maklumat berkaitan Asal Usul Nama dan Fakta Menarik.
Berikut dipaparkan kesalahan tersebut supaya ia dapat diperbaiki oleh pihak berkenaan:

*Sepatutnya ayahanda baginda.
* d-sahkan sepatutnya disahkan
*Al-Marhum =

*Ejaan tidak seragam:
– Al-Mutassim dan Al-Mu’tasim
-Al-marhum = Almarhum
*Hyphenation = kedudukan sengkang (-)
-dimak-amkan =dimakamkan
-Is-tiadat = Istiadat
*Salah ejaan
-Yang Mana Mulia = Yang Maha Mulia
-Perlantikan = Pelantikan

* Al-marhum = Almarhum
*mang-kat = mangkat

*Al-marhum = Almarhum
*Bagin-da = Baginda
*Bag-inda = Baginda
*hal-ehwal = hal ehwal
*baginda = Baginda

*Songkat = Songket
*kes-ukaan = kesukaan
*Perdana menteri = Perdana Menteri

*sungai Pahang = Sungai Pahang
*ka-wasan = kawasan
*disitu = di situ
Paparan kesalahan atau kesilapan ini bukanlah bertujuan menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya bertujuan untuk memastikan papan maklumat penting itu bukan sahaja tepat dari segi fakta tetapi juga tiada kesalahan dari sudut bahasa.
Ia memandangkan apa dipaparkan mampu menjadi rujukan dan pengetahuan kepada orang ramai khususnya pelajar.


