Polis tahan penganggur kes kematian wanita depan sekolah di Sentul

POLIS menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kematian seorang wanita yang ditemukan terbaring dengan pendarahan di kepala di depan sebuah sekolah di Sentul, Kuala Lumpur, semalam.

Suspek yang merupakan penganggur berusia 46 tahun itu akan direman hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, terdahulu polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 7.20 pagi semalam mengenai penemuan mangsa yang sudah meninggal dunia di lokasi berkenaan.

Katanya, gelandangan yang masih belum dikenal pasti identiti berusia lingkungan 50 hingga 60-an itu ditemukan dengan kesan luka di kepala dan bengkak di kelopak mata.

“Susulan penemuan itu seorang lelaki ditahan pada hari sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Sukarno berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img