Kemalangan Perodua Bezza bertembung Proton Wira, ragut dua nyawa

SEORANG lelaki dan wanita warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Serkam–Bemban, Jasin, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, pihaknya kemalangan jam 6.50 petang.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah Perodua Bezza dipandu lelaki berusia 33 tahun dari arah Bemban menghala ke Serkam dipercayai masuk ke laluan bertentangan.

“Kereta berkenaan bertembung Proton Wira dipandu lelaki berusia 44 tahun yang datang dari arah Serkam menghala ke Bemban.

“Turut berada dalam Proton Wira itu ialah ibu dan adik lelaki pemandu berkenaan berusia 74 tahun dan 40 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Berita Harian.

Akibat perlanggaran itu, pemandu Perodua Bezza disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemandu Proton Wira pula cedera di tangan dan luka-luka, manakala penumpang wanita warga emas dibawa ke Hospital Jasin untuk rawatan di Zon Merah dan seorang lagi penumpang lelaki cedera di bahagian dada.

“Pada jam 9.30 malam, polis menerima makluman daripada Hospital Jasin bahawa wanita berusia 74 tahun itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img