Polis Cheras nafi pegawai terima rasuah daripada seorang pemandu di Bukit Jalil

POLIS Cheras menafikan dakwaan  pegawainya menerima rasuah daripada seorang pemandu kereta di tepi jalan raya dalam kejadian di Bukit Jalil, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 pagi ketika empat pegawai polis menjalankan tugas rondaan cegah jenayah.

“Semasa kejadian, pihak polis menasihatkan pemilik kenderaan supaya mengalihkan kenderaan serta mendaftar aplikasi Volunteer Smart Phone Patrol (VSP) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Polis turut mengeluarkan dua saman terhadap pemandu serta kenderaan lain kerana menghalang lalu lintas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan salah faham terhadap penugasan polis di lapangan.

“PDRM komited untuk terus memelihara integriti dan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kepolisan demi keselamatan dan kesejateraan negara,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img