SPRM mulakan siasatan awal berkaitan isu UKM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil maklum dapatan yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 berkaitan ketidakaturan pengurusan kewangan serta isu tatakelola melibatkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sehubungan itu, SPRM akan memulakan siasatan awal bermula minggu hadapan bagi meneliti sama ada terdapat kelemahan tata kelola atau unsur jenayah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, atau pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa Suruhanjaya.

“Suruhanjaya ingin menegaskan bahawa siasatan dijalankan secara profesional, bebas dan berlandaskan undang-undang tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak.

“Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat bukti berlakunya kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 atau undang-undang lain yang berkaitan,” katanya.

Suruhanjaya komited memastikan setiap dana awam diurus secara telus, berintegriti dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat serta menjaga kepercayaan terhadap institusi pendidikan tinggi negara.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img