Kandungan hina al-Quran: MCMC akan siasat kes di bawah Akta 588

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menjalankan siasatan terhadap individu yang memuat naik gambar memijak al-Quran di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] sebaik sahaja siasatan polis ke atas suspek itu selesai.

MCMC dalam kenyataan hari ini berkata,  tindakan ini diambil susulan penularan satu kandungan di platform Threads yang dimuat naik menggunakan nama akaun `ryandaselva’, memaparkan perbuatan memijak al-Quran.

Kata suruhanjaya itu, kandungan berkenaan dikenal pasti mengandungi unsur penghinaan terhadap agama Islam serta berpotensi mencetuskan ketegangan dan menggugat keharmonian awam.

“MCMC telah mengambil keterangan individu berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam bagi melengkapkan siasatan,” kata kenyataan itu.

Jika disabitkan kesalahan, individu berkenaan boleh dikenakan hukuman denda maksimum sehingga RM500,000 atau penjara sehingga dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, MCMC mengingatkan orang ramai agar menggunakan platform media sosial secara berhemah dan bertanggungjawab serta tidak menyebarkan kandungan yang boleh mengganggu ketenteraman awam, menyentuh sensitiviti agama atau menjejaskan perpaduan negara.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img