Exco Pulau Pinang, Fahmi Zainol mengaku tidak bersalah dakwaan pukul isteri

AHLI Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Fahmi Zainol, didakwa di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini atas pertuduhan memukul isterinya dalam kejadian pada 22 Februari lepas.

Fahmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Chia Huey Ting.

Mengikut pertuduhan Fahmi, 35, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Nur Hidayah Abd Jabar, 35, di kediaman mereka di No. 3, Persiaran Pantai Jerejak 11, Bayan Lepas.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan, dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama kerana menyebabkan kecederaan terhadap pasangan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Datuk Nazran Mohd Sham, bersama Ikmal Affandi Zulkifli dan Lim Jin Hong, manakala Fahmi diwakili oleh peguam Shamsher Singh Thind.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon agar jumlah jaminan ditetapkan sebanyak RM5,000.

Bagaimanapun, Shamsher membantah dengan menyatakan bahawa Fahmi telah memberikan kerjasama kepada pihak polis.

Majistret Chia kemudiannya membenarkan Fahmi diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Kes akan disebut semula 28 April depan bagi serahan dokumen.

Terdahulu, Fahmi yang diiringi polis hadir ke mahkamah pagi tadi bagi proses pertuduhan kesnya.

Media sebelum ini melaporkan terdapat dakwaan tular dalam media sosial berkaitan seorang Exco Pulau Pinang ditahan polis selepas dipercayai memukul isterinya dalam kejadian di Pantai Jerejak, pada Ahad lalu.

Exco itu ditahan sepasukan pegawai polis pada jam 6 petang namun dibebaskan dengan jaminan.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img