Pertahanan udara Kuwait tersilap tembak 3 pesawat pejuang AS

MARKAS Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) memaklumkan bahawa tiga pesawat pejuang F-15E Strike Eagle miliknya `tertembak jatuh secara tidak sengaja oleh pertahanan udara Kuwait,’ lapor Anadolu Ajansi.

Kata kenyataan itu, “Pada 11:03 malam ET (0403 GMT), 1 Mac, tiga pesawat F-15E Strike Eagle AS yang sedang menjalankan misi sokongan bagi “Operation Epic Fury” telah terhempas di ruang udara Kuwait akibat insiden yang dipercayai berpunca daripada ‘tembakan rakan sendiri’.”

CENTCOM mengesahkan bahawa kesemua enam anak kapal berjaya melenting keluar dengan selamat dan berada dalam keadaan stabil.

“Kuwait telah mengakui insiden ini dan kami menghargai usaha pasukan pertahanan Kuwait serta sokongan mereka dalam operasi yang sedang berjalan ini,” kata CENTCOM.

Pihak berkuasa turut memaklumkan bahawa satu siasatan dilancarkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img