Anthony Loke minta masyarakat persoal Ahli Parlimen tak sokong RUU Had Tempoh Jawatan PM

SETIAUSAHA Agung DAP, Anthony Loke melahirkan rasa amat dukacita apabila Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun, tidak memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Pengangkutan itu berkata, DAP berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan agenda reformasi dengan semua 40 Ahli Parlimen parti itu hadir bagi menyokong RUU berkenaan.

“Untuk pindaan ini diluluskan, ia memerlukan sokongan dua pertiga atau 148 Ahli Parlimen hadir secara fizikal. Keputusan yang menyokong ialah 146 iaitu kurang dua undi untuk mencapai dua pertiga.

“Masyarakat sivil dan pengundi yang ingin melihat reformasi institusi dalam negara perlu mengecam dan mempersoalkan Ahli-Ahli Parlimen yang tidak hadir dan tidak menyokong pindaan ini termasuk blok pembangkang,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Lewat petang ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan undi belah bahagian menyaksikan 146 ahli Parlimen bersetuju, 32 tidak hadir dan 44 lagi tidak mengundi.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img