Sindiket edar dadah dalam kereta tumpas, runner ditahan

POLIS menumpaskan sindiket pengedaran dan penyimpanan dadah jenis syabu serta pil Erimin 5 dengan merampas hampir 42 kilogram (kg) bahan larangan itu, minggu lalu.

Rampasan bernilai RM2.7 juta itu dilakukan dalam serbuan di tempat letak kenderaan di daerah Seberang Perai Utara pada Khamis dan Jumaat lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, serbuan jam 4 petang itu turut membawa kepada tangkapan seorang lelaki warga tempatan berusia 27 tahun yang berperanan sebagai runner.

Menurutnya, penahanan dibuat berikutan hasil pemeriksaan terhadap beg yang dipegang suspek menemukan sejumlah dadah dan kunci kereta.

“Berpandukan kunci kereta itu pula, polis membuat pemeriksaan ke atas sebuah kereta serta menemukan 28 bungkusan plastik berisi serbuk dan ketulan disyaki syabu, dengan berat keseluruhan dianggarkan 29.46kg.

“Hasil soal siasat, polis dibawa ke kawasan sama oleh suspek dan pemeriksaan terhadap sebuah lagi kereta menemukan empat bungkusan plastik mengandungi 4,000 sampul aluminium berisi pil Erimin 5, dianggarkan seberat 12.54kg,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azizee berkata, hasil risikan mendapati aktiviti penyimpanan dan pengedaran dadah oleh runner itu bergiat aktif sejak awal Januari.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati tangkapan negatif sebarang dadah dan semakan mendapati dia turut mempunyai rekod kesalahan lampau. Polis turut menyita sebuah kenderaan bagi tindakan lanjut.

“Suspek direman selama enam hari bermula 6 Mac hingga 11 Mac depan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img