Letupan di kilang besi: Empat termasuk pekerja warga asing cedera

EMPAT lelaki termasuk pekerja warga asing cedera dalam insiden letupan di sebuah kilang besi di Kawasan Perindustrian Gebeng di Kuantan hari ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 pagi itu melibatkan seorang pekerja tempatan dan tiga warga asing.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada insiden letupan membabitkan peralatan industri di dalam premis berkenaan.

“Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) menggunakan ambulans syarikat untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ashari, susulan kejadian itu, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Gebeng telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.

Jelas beliau, polis sedang bekerjasama dengan pihak berkaitan termasuk pengurusan kilang dan agensi keselamatan serta kesihatan pekerjaan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan,” tambah beliau.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img