Pasangan suami isteri jual video hubungan intim diberkas polis Jawa Timur

POLIS menahan sepasang lelaki dan wanita yang disyaki terlibat dalam kegiatan menghasilkan serta menjual video lucah menerusi platform dalam talian dalam satu serbuan di sebuah hotel di daerah Tulungagung, malam Selasa.

Kedua-dua suspek dikenali sebagai TS, 30, berasal dari Kediri, dan EWS, 36, dari kawasan sama.

Ketua Humas Polis Tulungagung, Iptu Nanang Murdiyanto berkata, pasangan itu ditahan ketika sedang merakam adegan tidak senonoh hasil maklumat orang awam.

“Bertindak atas aduan, anggota Unit Siasatan Jenayah (Reskrim) menjalankan risikan sebelum menyerbu bilik hotel dan menahan kedua-dua suspek,” katanya dalam kenyataan lapor Tribun X.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati pasangan itu aktif menghasilkan kandungan lucah sejak kira-kira setahun lalu, dengan lebih 40 video ditemui.

Video berkenaan dipercayai dijual melalui aplikasi Telegram pada harga antara Rp50,000 hingga Rp75,000 (RM15-RM23)  setiap satu kepada pelanggan.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa barangan termasuk telefon pintar jenis Samsung Galaxy Note 20 Ultra, Oppo Reno 14 serta sebuah tripod yang digunakan untuk merakam video.

Kes kini disiasat di bawah undang-undang berkaitan jenayah pornografi serta Akta Informasi dan Transaksi Elektronik. Kedua-dua suspek direman bagi membantu siasatan lanjut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img