Suri rumah miliki 5 laras senjata api direman 5 hari

SEORANG suri rumah direman lima hari di Mahkamah Majistret Gua Musang hari ini kerana memiliki lima laras senjata api termasuk raifal jenis M16 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Miak di Kuala Krai semalam.

Perintah reman ke atas wanita berusia 32 tahun itu dikeluarkan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, perintah itu bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Akta Senjata Api 1960.

Beliau berkata, wanita itu ditahan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama lima laras senjata api termasuk raifal jenis M16.

Media semalam melaporkan, wanita itu ditahan selepas dikesan memiliki lima laras senjata api, dalam serbuan di rumah di Kampung Miak.

Serbuan jam 6.45 petang itu membabitkan sepasukan pegawai dan anggota Batalion 8 PGA menerusi Ops Bersepadu Khazanah.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain dilaporkan berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya mendapat maklumat berkaitan aktiviti menyimpan bahagian terbitan hidupan liar yang dilindungi.

 

 

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img