Lelaki ditahan pakai vest, topi keledar logo polis tanpa izin

Seorang lelaki yang tular di media sosial kerana memakai vest dan topi keledar berlogo Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa kebenaran ditahan polis, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung video berkenaan yang memaparkan seorang lelaki memakai pakaian serta topi keledar berlogo polis.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada 17 April lalu sebelum rakaman dimuat naik menerusi platform TikTok.

“Siasatan lanjut membawa kepada penahanan seorang suspek warga tempatan berusia lingkungan 30 tahun di kawasan USJ, Subang Jaya bagi membantu siasatan.

“Suspek akan direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana menggunakan peralatan serta pakaian seragam polis tanpa kebenaran sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes turut disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan dengan niat memecah keamanan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana kelakuan aib di tempat awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuat naik kandungan jelik.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan. Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-7862 7222 bagi membantu siasatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img