Polis kesan remaja perempuan 15 tahun hilang dari rumah

POLIS sedang giat mengesan seorang remaja perempuan tempatan berusia 15 tahun, Afiqah Abdul Aziz yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Malaysia di Desa Petaling, Kuala Lumpur sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya telah menerima laporan berhubung kehilangan mangsa pada hari kejadian iaitu Jumaat lepas.

Menurut beliau, susulan laporan itu, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi menjejaki kedudukan remaja berkenaan.

“Siasatan terperinci sedang dijalankan termasuk menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam lif yang diselia oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengenal pasti arah pergerakan mangsa,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, seorang wanita mendakwa terdengar jeritan meminta tolong daripada adik bongsunya sebelumnya remaja itu dilaporkan hilang dari rumah mereka.

Dia yang hanya ingin dikenali sebagai Aida berkata, adiknya iaitu Afiqah merupakan anak bongsu daripada enam beradik, dipercayai keluar dari rumah pada jam 6 petang hari kejadian.

“Kami jumpa skarf dan anak tudung dia di hadapan lif tetapi adik tidak ada di situ. Sebelum itu saya terdengar jeritan meminta tolong.

“Jeritan meminta tolong dalam keadaan menangis, saya dengar dua kali, saya pasti itu memang dia,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Harian Metro.

Kehilangan Afiqah tular dalam media sosial selepas beberapa keping gambar dimuat naik pengguna di aplikasi Threads meminta bantuan orang ramai untuk mengesan remaja terbabit.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img