‘’Hormati mandat rakyat Negeri Sembilan’’ – Anthony ingatkan UMNO

SETIAUSAHA Agung DAP, Anthony Loke hari ini mengingatkan Barisan Nasional khususnya UMNO bahawa Kerajaan Negeri Sembilan ditubuhkan hasil kesepakatan bersama melalui Kerajaan Perpaduan.

Katanya pada PRN 2023, parti dalam Kerajaan Perpaduan berkempen bersama dan mandat yang diberikan oleh rakyat adalah berdasarkan kepada kesepakatan PH-BN.

‘’Oleh itu apabila ADUN UMNO menarik sokong ia sebenarnya tidak menghormati mandat rakyat,’’ katanya pada sidang media khas bersama Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun di Seremban hari ini.

Anthony menegaskan, DAP tetap menjunjungi prinsip raja berperlembagaan dan menyokong Aminuddin  untuk meneruskan tugas sebagai Menteri Besar.

Katanya, DAP juga tidak mencampuri krisis Perlembagaan yang berlaku di Negeri Sembilan, malah berharap isu berkenaan dapat diselesaikan segera.

“DAP menyatakan sokongan penuh kepada Aminuddin memangku jawatan Menteri Besar. Kelangsungan jawatan, kerajaan, mesti dipertahankan.

“Pakatan Harapan (PH)-BN itu mandat yang diberikan oleh rakyat. Apabila (Umno) tarik sokongan, itu bagi kita tak menghormati mandat rakyat Negeri Sembilan.

“Kita tak akan menyokong mana-mana pihak untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang,” katanya.

“Kami juga ingin menegaskan bahawa kami mendukung penuh serta mempertahankan institusi adat dan perlembagaan serta undang-undang tubuh kerajaan Negeri Sembilan dan mahukan kerajaan yang stabil supaya dapat memainkan peranan sebaik mungkin dalam pentadbiran negeri sekaligus dapat memberikan fokus kepada objektif kesejahteraan rakyat dan ekonomi negeri,” katanya.

Anthony berkata DAP menghormati keunikan dan keistimewaan Adat Pepatih dan kedudukan serta kuasa Undang Yang Empat untuk melantik dan menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Namun, sebarang tindakan untuk menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar mesti berlandaskan prinsip dan proses yang tertib berlandaskan Artikel X (1) Undang-undang Tubuh Negeri Sembilan.

“Dalam konteks ADUN-ADUN, kita hormat Tuanku Muhriz Tuanku Munawir masih Yang Dipertuan Negeri Sembilan kerana Yang Dipertuan Negeri Sembilan yang merasmikan pembukaan sidang DUN,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, MK Ibrahim Abd Rahman, berkata mereka menyokong penuh kepimpinan Aminuddin sebagai menteri besar dan pada masa sama kecewa dengan tindakan Umno.

“Sokongan penuh selagi Tuanku (Muhriz) sokong menteri besar, tidak ada yang boleh gugat, yang boleh jatuhkan kerajaan, (kecuali) jika sekumpulan yang dapat majoriti mengadap Tuanku, Tuanku berkenan. Sekarang ini belum berlaku lagi,” katanya

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img