Guna hujah perlu taat guru, Kiai Ashari cabul 10 kali pelajarnya

PEMILIK Pondok Pesantren Nidholo Kusumo, Pati Jawa Tengah, Kian Ashari Karson didakwa melakukan pencabulan sebanyak 10 kali terhadap seorang pelajar perempuan di pondok pesantren yang diasaskannya itu.

Menurut polis, mangsa yang dikenali dengan inisial FA mendakwa kejadian berlaku antara Februari 2020 hingga Januari 2024 di beberapa lokasi berbeza di pondok berkenaan.

Ketua Polis Daerah Pati, Jaka Wahyudi berkata, suspek didakwa menggunakan alasan meminta urutan sebelum mengarahkan mangsa menanggalkan pakaian dan melakukan perbuatan cabul.

“Pelaku mengajak mangsa  dengan alasan untuk minta diurut, masuk ke kamar mangsa. Kemudian mangsa  disuruh menanggalkan baju, pelaku kemudian melakukan pencabulan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pati hari ini, lapor Republika..

Menurut beliau, suspek turut didakwa memaksa mangsa memegang kemaluannya selain menggunakan doktrin agama bagi menekan mangsa supaya taat kepada guru.

Mangsa kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada bapanya sebelum laporan polis dibuat selepas pemeriksaan perubatan dijalankan di hospital.

Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah  Pati, Dika Hadian Widyatama berkata, laporan pertama dibuat pada Julai 2024 melibatkan lima individu yang dipercayai menjadi mangsa.

Bagaimanapun, tiga daripada mereka menarik balik laporan, sekali gus memperlahankan proses siasatan.

“Walaupun ada laporan yang ditarik balik, siasatan tetap diteruskan,” katanya.

Ashari ditetapkan sebagai suspek pada 28 April lalu sebelum berjaya diberkas di Wonogiri hari ini  selepas dipercayai melarikan diri. Polis memaklumkan suspek kini ditahan bagi membantu proses siasatan lanjut dan penyediaan kertas pertuduhan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img