‘’Jalan terbaik gerak berasingan’’- Fadhli balas ucapan Azmin

KETUA Penerangan Pas Fadhli Shaari hari ini secara terbuka berpendapat, Pas dan Bersatu bergerak berasingan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU).

Melalui Facebook beliau, Fadhli berkata, ⁠walaupun peribadi saya cadangkan jalan yang terbaik ialah bergerak secara berasingan.

‘’Kita kekal berkawan, cuma bukan di pentas pilihan raya. Anda boleh mencari kawan politik yang lebih jelas pendengaran, lebih terang penglihatan dan lebih kuat deria bau,’’ katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dipercayai merujuk ucapan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malam tadi di Melaka yang tular di media sosial.

Dalam ucapan itu, bekas Timbalan Presiden PKR tersebut mempersoalkan kenyataan pemimpin Pas yang mendakwa Bersatu tidak ada jentera ketika pilihan raya dan meminta supaya ‘bukalah mata, bukalah telinga, jangan pekak’’.

Mengulas kenyataan tersebut Fadhli menegaskan, apabila kedengaran sayup-sayup di Melaka ada pemimpin Bersat yang berkata bahawa pekaklah sesiapa yang menyatakan partinya tiada jentera, maka itu bermakna sudah tiada harapan untuk sebarang kerjasama harmoni lagi.

‘’ ⁠Bukanlah satu kesalahan jika sesebuah parti itu tiada jentera tambahan pula jika ia parti baru, tetapi yang menjadi masalah ialah kegagalan untuk mengakui kelemahan dan kekerdilan itu. Apabila penafian terhadap hakikat itu berlaku, tindakan yang akan lahir nanti berasaskan keyakinan diri sentiasa kuat, walhal hakikat yang jelas terpampang ialah sebaliknya,’’ kata beliau.

Fadhli berkata, tiada masalah juga jika kekurangan jentera diikuti dengan usaha pemantapan parti.

‘’Tetapi jika dalam tempoh bertahun-tahun selepas pilihanraya asyik berantakan, ia bukan memantapkan parti. Ia hanya proses mempersiapkan penyokong peribadi untuk menjadi calon dan kemudiannya menunggang kekuatan parti kawan.

‘’Kerana itu, pihak tersebut apabila bertanding lebih banyak kerusi dari kawan-kawan dalam gabungan, tetapi seringkali gagal menang lebih banyak. Ia terhasil dari kajian serta bacaan yang tidak tepat,’’ tegasnya.

Oleh itu tegasnya,  jika menyatakan hakikat bahawa Bersatu ketiadaan jentera dikatakan pekak, tiada harapan lagi sebuah kerjasama harmoni selepas ini.

‘’Apatah lagi tindakan demi tindakan Bersatu kebelakangan ini pun dalam isu Perlis dan Negeri Sembilan boleh melahirkan kebimbangan apakah selepas PRU16 nanti akan ada pertimbangan secara bersendirian di dalam membentuk Kerajaan Persekutuan?,’’ tegasnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img