Wanita putus kaki kiri Proton X70 terbabas di LPT2

SEORANG wanita putus kaki kiri selepas kenderaan yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 341.5, Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Paka, Dungun, petang tadi.

Mangsa yang cedera parah itu adalah seorang wanita berusia 57 tahun dan menaiki Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) jenis Proton X70.

Sebelum kejadian, kenderaan terbabit yang dinaiki seorang lelaki dan empat lagi dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Pegawai Bomba Kanan II, Nor Hazamullah Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu, kira-kira jam 5.41 petang.

Menurutnya, seramai tujuh anggota dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kenderaan terbabit terbabas di lokasi kejadian.

“Mangsa yang putus kaki kiri dari paras lutut ke bawah itu berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.

“Bahagian kaki yang terputus turut ditemukan di dalam kenderaan berkenaan,” katanya.

Nor Hazamullah berkata, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

“Empat lagi mangsa di dalam kenderaan itu turut cedera dan dihantar ke Hospital yang sama untuk menerima rawatan,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img