Polis bongkar garaj rumah sewa jadi kilang proses air ketum

KEGIATAN seorang lelaki memproses dan menjual air ketum di garaj sebuah rumah sewa di Tanah Putih, Kuantan terbongkar apabila polis merampas 500 kilogram (kg) daun ketum dan 500 liter air ketum dalam serbuan pada Jumaat lalu.

Dalam serbuan itu, seorang lelaki berusia 38 tahun yang dipercayai menjalankan kegiatan berkenaan secara bersendirian turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan hasil maklumat awam serta risikan yang dijalankan.

“Dalam operasi tersebut, kita merampas 500kg daun ketum dan 500 liter air ketum yang dipercayai untuk diedarkan di sekitar daerah ini.

“Turut dirampas pelbagai peralatan yang digunakan untuk memproses dan membungkus bahan berkenaan termasuk tong simpanan, periuk memasak, dapur gas, penimbang elektronik serta bungkusan plastik berisi air ketum yang siap diproses,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM27,500.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap aktif memproses bekalan ketum di garaj rumah sewa itu sebelum menjualnya kepada pelanggan sekitar Kuantan.

“Suspek kini direman sehingga 9 Jun bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Ashari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan polis sedang mengesan rangkaian pengedaran serta individu lain yang mungkin terbabit dalam kegiatan berkenaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img