Dua beradik ditahan, bunga ganja RM1.76 juta untuk perisa vape dirampas

POLIS Terengganu merampas bunga ganja seberat 22 kilogram yang dipercayai diseluduh masuk melalui rangkaian sindiket antara antarabangsa dalam sebuah ke atas sebuah rumah di Kampung Duyong Besar Kuala Terengganu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin, berkata serbuan pada 3.30 petang, Ahad lalu, turut menahan lelaki berusia 39 dan 50 tahun dengan dadah bernilai RM1.76 juta itu disyaki dibawa melalui jalan laut.

“Siasatan awal mendapati dua suspek itu berperanan sebagai penjaga stor kepada sindiket yang dipercayai aktif sejak Mac lalu. Bunga ganja itu perlu diproses untuk mendapatkan cecair yang kita percaya digunakan sebagai perasa rokok elektronik yang boleh mengkhayalkan,” katanya pada sidang media di Kuala Terengganu, hari ini.

Beliau berkata, dadah dirampas itu  dianggarkan boleh digunakan kira-kira 44,000 penagih dan dipercayai untuk pasaran antarabangsa.

Katanya, polis turut menyita pelbagai harta bernilai RM149,000, iaitu sebuah kereta Hyundai Tucson, motosikal BMW, Yamaha NVX, dan Yamaha 135LC serta wang tunai RM6,000.

Beliau berkata, reman dua beradik itu disambung tujuh hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img