Lima peserta Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan tentera Zionis di perairan antarabangsa ketika dalam perjalanan ke Gaza mendedahkan pengalaman hitam mereka ketika dalam tahanan.
Dibogelkan, dipaksa buka tudung, tidak diberi air antara seksaan yang mereka lalui. Berikuta ringkas pendedahan mereka menerusi video yang dikongsikan peguam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Ahmad Nazrin Abu Bakar, dalam Facebook beliau.
PU Rahmat dibogel tiga kali
Pendakwa, Rahman Ikhsan Mohd Sofyan atau PU Rahmat dibogelkan sebanyak tiga kali sepanjang ditahan iaitu di atas kapal, pusat imigresen serta penjara. Alasan diberi tentera Israel mahu pastikan tiada senjata disembunyikan.
Iylia Balqis Suhaimi disumbat dalam penjara kecil
Beliau dan beberapa aktivis lain disumbat ke dalam sel sangat kecil bersama 15 orang lain daripada pelbagai negara. Mereka diganggu dengan nama dipanggil tanpa sebab. Tidak diberikan air bersih, terpaksa minum air daripada tandas.
Sul Aidil Sudi diprovokosi
Mereka diperlakukan seperti bukan manusia, dipanggil bodoh, tidak diberi peluang rehat.
Haikal Abdullah duduk lima jam dalam bas sejuk tangan diikat
Sukarelawan diejek dan ditertawakan setiap kali nama mereka disebut. Barangan peribadi dicampak serta dibuang sesuka hati oleh ihpak rejim Zionis.
Duduk lima jam dalam bas sejuk, tangan diikat, mata tertutup. Dipakaikan baju lengan pendek
Nurfarahin Romli atau Farah Lee diseret dan dimalukan
Ditarik dan diseret oleh tentera wanita sebelum ditolak serta dimalukan di hadapan tahanan lain. Hanya kerana minta air bersih sebab ada peserta sudah ‘nyawa-nyawa ikan’ kerana dehidrasi’.


