Pesara guru KEMAS jadi mangsa sindiket ‘phone scam’ di Terengganu RM230,000 lesap

Seorang pesara guru Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) wanita kerugian RM200,300 selepas diperdaya sindiket ‘phone scam’.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 25 Mei lepas, mangsa yang berusia 62 tahun telah menerima panggilan daripada suspek yang menyamar sebagai wakil insurans.

Beliau berkata mangsa yang berasal dari Bukit Petiti, Manir, kemudian didakwa membuat tuntutan insurans palsu, sebelum disambungkan ke rakan suspek yang menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman.

“Suspek menawarkan ikat jamin kepada mangsa bagi mengelak ditangkap. Mangsa juga diminta menyerahkan wang tersebut kepada Bank Negara kononnya untuk tujuan siasatan.

“Mangsa yang ketakutan membuat pemindahan wang dari akaun Tabung Haji ke akaun bank konvensional miliknya. Dia juga diarah supaya menyerahkan maklumat perbankan tersebut kepada suspek, selain membuat pemindahan wang secara berperingkat ke dalam empat akaun berbeza berjumlah RM26,700,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Azli berkata mangsa menyedari ditipu selepas mendapati wang pencen sebanyak RM173,000 yang dipindahkan ke akaun bank konvensional tersebut telah lesap.

Pemeriksaan mendapati terdapat 18 transaksi pemindahan wang daripada akaun miliknya ke enam akaun tidak dikenali dalam tempoh 6 hingga 19 Jun lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img