BN dijangka kekal kerajaan negeri, boleh menang 40 hingga 42 kerusi – Merdeka Center

BARISAN Nasional (BN) dijangka mengekalkan kedudukannya sebagai kerajaan negeri manakala DAP berpotensi menjadi parti terbesar dalam blok pembangkang selepas 11 Julai ini, menurut Merdeka Center.

Pengarah programnya, Ibrahim Suffian, itu berkata berdasarkan pemerhatian setakat ini BN boleh mengekalkan antara 40 hingga 42 kerusi, manakala Amanah dan PKR – yang menjadi parti komponen PH – mungkin sekadar meraih satu dan dua kerusi.

“Menurut beberapa perkiraan, kami berpendapat kedudukan UMNO di Johor bertambah baik berbanding PRU ke-15 apabila kami menganggarkan mereka memperoleh sekitar 45 peratus undi Melayu ketika itu.

“Di peringkat negeri, saya fikir angka itu kini meningkat kepada sekitar 55 hingga 60 peratus.

“Kami menjangkakan BN akan menang, (tetapi) persoalan besar ialah pada margin – adakah mereka akan mendapat kurang daripada 40 kerusi atau lebih daripada 40 kerusi?” katanya dalam satu webinar anjuran S Rajaratnam School of International Studies hari ini.

Ibrahim bagaimanapun menyatakan sokongan tersebut “tidak diagihkan secara sekata” kerana, walaupun tonggak BN lebih kukuh di kawasan luar bandar dan timur, PH dan Bersatu lebih “kuat” di kawasan barat negeri itu.

Dalam PRN 2022 lalu, BN memperoleh 40 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dengan UMNO memegang bahagian terbesar iaitu 33 kerusi, diikuti MCA (empat kerusi) dan MIC (tiga kerusi).

DAP pula memenangi 10 kerusi berbanding Bersatu dua kerusi, manakala PKR, Amanah, Pas dan Muda masing-masing menang satu kerusi.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img