Kerjasama Persekutuan, negeri penting jayakan agenda perubahan iklim negara – PM

KERAJAAN akan terus memperkukuh agenda perubahan iklim negara menerusi pelaksanaan dasar dan inisiatif yang lebih bersepadu selaras dengan komitmen Malaysia di bawah Perjanjian Paris dan Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi tujuan itu, Kerajaan Persekutuan dan negeri perlu bekerjasama erat bagi memastikan setiap dasar serta strategi berkaitan perubahan iklim yang dirangka dapat dilaksanakan secara inklusif dan berkesan.

DATUK Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) Bil 1/2026 hari ini. GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, beliau menekankan perkara itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara hari ini, yang meneliti kemajuan pelaksanaan pelbagai inisiatif bagi memperkukuh tindakan Malaysia dalam mendepani cabaran perubahan iklim.

“Saya turut menegaskan kepentingan libat urus yang lebih menyeluruh bersama Kerajaan Negeri agar setiap dasar dan strategi dirangka secara inklusif, selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan serta menghormati bidang kuasa dan peranan negeri,” katanya dalam hantaran itu.

Beliau berkata, Kerajaan MADANI kekal fokus dalam memastikan agenda pembangunan negara bergerak seiring dengan usaha memelihara alam sekitar demi masa depan yang lebih lestari untuk generasi akan datang.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img