Lelaki tular cabul dua kanak-kanak di pasar raya Selayang sudah didakwa

LELAKI yang videonya tular kerana didakwa mencabul dua kanak-kanak di sebuah pasar raya di Selayang telah dihadapkan ke mahkamah pada 6 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian yang tular di media sosial itu sebelum menjalankan siasatan.

“Kes ini ada laporan polis dan suspek juga sudah dituduh di Mahkamah Selayang,” katanya ringkas dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang lelaki berusia lingkungan 50-an dipercayai menyentuh secara tidak senonoh dua kanak-kanak di dalam sebuah pasar raya.

Kejadian dipercayai berlaku pada 28 Jun lalu ketika kedua-dua kanak-kanak itu sedang bermain di premis berkenaan.

Rakaman video itu menunjukkan suspek menghampiri sebelum didakwa menyentuh mangsa pada bahagian yang tidak sepatutnya, sekali gus mengundang kecaman orang ramai di media sosial.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img