Syed Saddiq kekal bebas, Mahkamah Persekutuan tolak rayuan pendakwaan dengan majoriti 2-1

MAHKAMAH Persekutuan hari ini mengekalkan pembebasan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Menerusi keputusan majoriti 2-1, Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah menolak rayuan akhir pendakwaan untuk mengembalikan sabitan dan hukuman terhadap Syed Saddiq, 33, manakala Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Seri Abu Bakar Jais yang mempengerusikan panel tiga hakim memberikan keputusan bertentangan.

 Che Mohd Ruzima Ghazali serta Sequerah, memutuskan bahawa Mahkamah Rayuan tidak terkhilaf apabila membenarkan rayuan bekas Menteri Belia dan Sukan itu pada Jun tahun lalu.

Sebaik saja penghakiman terakhir dibacakan oleh Sequerah yang memuktamadkan pembebasan Syed Saddiq selepas keputusan 1-1 sebelum itu, hampir semua yang berada dalam mahkamah bertepuk tangan.

Ketiga-hakim hakim berkenaan membacakan penghakiman bertulis masing-masing yang bermula dengan Abu Bakar, diikuti Che Mohd Ruzima dan Sequerah.

Selepas keputusan muktamad diberikan, Abu Bakar kemudian memanggil Syed Saddiq ke hadapan panel.

Hakim itu berkata, sabitan dan hukuman diputuskan beliau bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat kini tidak lagi mempunyai kesan kerana dua lagi hakim memutuskan Syed Saddiq (responden) tidak bersalah bagi pertuduhan berkenaan.

Beliau menjelaskan bahawa itu adalah hak mereka sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dalam sistem keadilan, serta menegaskan mereka juga adalah manusia biasa.

“Kami ada masa sihat dan ada masa tidak sihat… apabila seorang hakim tidak sihat, perkara seperti penangguhan kes memang boleh berlaku. Ia bukan sesuatu yang luar biasa atau belum pernah berlaku. Saya berharap semua pihak dapat memahaminya.

“Kami juga mengikuti perkembangan yang berlaku di sekeliling kami… kami tahu responden ada perancangan selepas keputusan kes ini. Kini selepas keputusan majoriti memihak kepada responden, saya berharap beliau dapat meneruskan perancangan (perkahwinan) dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Che Mohd Ruzima pula berkata, mereka sebagai hakim tidak boleh mempertahankan diri di khalayak ramai atau menjawab kenyataan mana-mana pihak.

Oleh itu, katanya, beliau ingin menasihati pihak berkepentingan supaya tidak mengeluarkan kenyataan tidak sepatutnya.

Beliau berkata, keputusan sebenarnya telahpun tersedia untuk dibacakan dalam kes berkenaan.

“Tetapi apabila ketiga-tiga hakim diarahkan menulis alasan penghakiman masing-masing dan seorang daripada mereka jatuh sakit, adakah wajar keadaan itu disifatkan sebagai sesuatu yang luar biasa?

“Sebagai hakim, kami tidak boleh menjawab segala persepsi masyarakat atau mempertahankan diri di ruang awam, oleh itu pihak berkepentingan perlu memainkan peranan masing-masing dengan bertanggungjawab.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Ketua Bahagian Pendakwaan, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, kerana mengambil pendirian neutral dan mendoakan kesihatan hakim yang tidak sihat,” katanya.

Selepas prosiding itu, ahli keluarga Syed Saddiq yang berada di galeri awam dilihat saling berpelukan, manakala beliau bersalaman dengan peguam.

Pada 25 Jun 2025, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Syed Saddiq, 33, daripada empat pertuduhan itu selepas membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada 9 Nov 2023.

Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan sehari selepas keputusan itu.

Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali yang ketika itu Penolong Bendahari Armada untuk melakukan pecah amanah terhadap dana Armada berjumlah RM1 juta di CIMB Bank Berhad, KL Sentral pada 6 Mac 2020.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Syed Saddiq turut berhadapan pertuduhan menyalahgunakan RM120,000 milik Armada Bumi Bersatu Enterprise di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Syed Saddiq turut dituduh melakukan dua transaksi pengubahan wang haram iaitu memindahkan RM50,000 ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 15 tahun serta denda lima kali nilai terbabit.

Dalam penghakiman majoriti 2-1, dua hakim yang membarisi panel membabitkan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali serta Datuk Collin Lawrence Sequerah, memutuskan bahawa Mahkamah Rayuan tidak terkhilaf apabila membenarkan rayuan bekas Menteri Belia dan Sukan itu pada Jun tahun lalu.

Kedua-dua Che Mohd Ruzima dan Sequerah mendapati tiada kesilapan undang-undang atau prosedur yang boleh dijadikan alasan untuk merayu keputusan mahkamah berkenaan.

Sabitan serta hukuman itu adalah berhubung dua pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, satu pertuduhan menyalahgunakan harta, dan dua kesalahan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU.

Sebaik saja penghakiman terakhir dibacakan oleh Sequerah yang memuktamadkan pembebasan Syed Saddiq selepas keputusan 1-1 sebelum itu, hampir semua yang berada dalam mahkamah bertepuk tangan.

Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, yang mempengerusikan panel hakim itu bagaimanapun membuat keputusan berbeza.

Ketiga-hakim hakim berkenaan membacakan penghakiman bertulis masing-masing yang bermula dengan Abu Bakar, diikuti Che Mohd Ruzima dan Sequerah.

Selepas keputusan muktamad diberikan, Abu Bakar kemudiaa memanggil Syed Saddiq ke hadapan panel.

Hakim itu berkata, sabitan dan hukuman diputuskan beliau bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat kini tidak lagi mempunyai kesan kerana dua lagi hakim memutuskan Syed Saddiq (responden) tidak bersalah bagi pertuduhan berkenaan.

Beliau menjelaskan bahawa itu adalah hak mereka sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dalam sistem keadilan, serta menegaskan mereka juga adalah manusia biasa.

“Kami ada masa sihat dan ada masa tidak sihat… apabila seorang hakim tidak sihat, perkara seperti penangguhan kes memang boleh berlaku. Ia bukan sesuatu yang luar biasa atau belum pernah berlaku. Saya berharap semua pihak dapat memahaminya.

“Kami juga mengikuti perkembangan yang berlaku di sekeliling kami… kami tahu responden ada perancangan selepas keputusan kes ini. Kini selepas keputusan majoriti memihak kepada responden, saya berharap beliau dapat meneruskan perancangan (perkahwinan) dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Che Mohd Ruzima pula berkata, mereka sebagai hakim tidak boleh mempertahankan diri di khalayak ramai atau menjawab kenyataan mana-mana pihak.

Oleh itu, katanya, beliau ingin menasihati pihak berkepentingan supaya tidak mengeluarkan kenyataan tidak sepatutnya.

Beliau berkata, keputusan sebenarnya telahpun tersedia untuk dibacakan dalam kes berkenaan.

“Tetapi apabila ketiga-tiga hakim diarahkan menulis alasan penghakiman masing-masing dan seorang daripada mereka jatuh sakit, adakah wajar keadaan itu disifatkan sebagai sesuatu yang luar biasa?

“Sebagai hakim, kami tidak boleh menjawab segala persepsi masyarakat atau mempertahankan diri di ruang awam, oleh itu pihak berkepentingan perlu memainkan peranan masing-masing dengan bertanggungjawab.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Ketua Bahagian Pendakwaan, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, kerana mengambil pendirian neutral dan mendoakan kesihatan hakim yang tidak sihat,” katanya.

Selepas prosiding itu, ahli keluarga Syed Saddiq yang berada di galeri awam dilihat saling berpelukan, manakala beliau bersalaman dengan peguam.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img