PRN N.Sembilan: BN tanding 25 daripada 36 kerusi, isyarat ada kesepakatan bersama PN tanpa Bersatu

BARISAN  Nasional (BN) akan bertanding di 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan  pada 1 Ogos ini.

Keputusan BN bertanding hanya 25 kerusi sahaja memberi isyarat jelas bahawa akan ada kesepakatan dengan Perikatan Nasional (PN) khusus Pas pada PRN itu.

PN akan mengumumkan senarai calonnya malam esok. Bagaimanapun pengumuman itu dijangka tidak akan melibatkan Bersatu yang malam telah memutuskan akan bertanding menggunakan logo sendiri.

Bersatu berbuat demikian kerana kecewa dengan tindakan Pas bekerjasama dengan BN tanpa berunding dengan Bersatu terlebih dahulu.

Sementara itu, BN mengumumkan senarai calonnya yang disampaikan oleh Pengerusi Bn Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyasikan UMNO bertanding di 16 kerusi manakala MCA (7) dan MIC (2).

Berikut senarai calon BN :

N01 Chennah – Siow Kong Choon (MCA)

N02 Pertang – Datuk Seri Jalaluddin Alias (Penyandang)

N03 Sungai Lui – Datuk Mohd Razi Mohd Ali (Penyandang)

N06 Palong – Datuk Mustapha Nagoor (Penyandang)

N07 Jeram Padang – Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (Penyandang)

N08 Bahau – Chong Fui Ming (MCA)

N09 Lenggeng – Datuk Mohd Asna Amin (Penyandang)

N10 Nilai- Lai Chein Kong (MCA)

N12 Temiang – Datuk Leaw Kok Chan (MCA)

N15 Juasseh – Datuk Ismail Lasim

N16 Sri Menanti – Muhammad Sufian Maradzi (Penyandang)

N17 Senaling – Mohamad Qayyum Abd Jalil (calon baharu)

N18 Pilah – S Leza Md Yasin (calon baharu)

N19 Johol – Datuk Saiful Yazan Sulaiman (Penyandang)

N20 Labu – Siti Nur Umaira Hasim (calon baharu)

N22 Rahang – Yap Siok Moi (MCA)

N24 Seremban Jaya – R Thinalan (MIC)

N27 Rantau – Datuk Seri Mohamad Hasan (Penyandang)

N26 Chembong – Datuk Zaifulbahri Idris (Penyandang)

N28 Kota – Suhaimi Aini (Penyandang)

N29 Chuah – Pau Jeou Ching (MCA)

N32 Linggi – Datuk Mohd Faizal Ramli (Penyandang)

N33 Sri Tanjung – A Achuthan (MIC)

N35 Gemencheh – Suhaimizan Bizar (Penyandang)

N36 Repah – Kok Kim Swee (MCA)



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img