Netanyahu gunakan naratif ‘Amalek’ arah tentera Israel bunuh rakyat Palestin, hancurkan Gaza

ANALISIS

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mendakwa  mencapai kemenangan di Gaza walaupun semua bukti menunjukkan beliau telah tewas. Netanyahu gagal mencapai walau satu pun matlamat yang ditetapkannya untuk “menewaskan Gaza” sejak Oktober 2023.

Pakar ketenteraan sependapat bahawa jika mana-mana kuasa bermegah mahu berperang dengan menyatakan matlamat yang jelas, namun selepas tempoh panjang membunuh orang awam serta menyebabkan kemusnahan besar-besaran oleh tenteranya sendiri, akhirnya terpaksa menerima gencatan senjata tanpa mencapai sebarang objektif ketenteraan – maka kuasa itu tidak boleh mengaku menang.

Namun, inilah yang dilakukan oleh Benjamin Netanyahu, yang digelar sebagai penjenayah perang Israel, apabila mendakwa mencapai kemenangan walaupun gagal sama sekali, kecuali dalam melaksanakan pembunuhan beramai-ramai dan genosid terhadap puluhan ribu rakyat Palestin di Gaza yang diduduki.

Untuk memahami konteks dakwaan “kemenangan” Netanyahu ini, perlu diingat bahawa antara tuntutan utamanya – yang digunakannya untuk membenarkan seruan “Amalek” selepas 7 Oktober — ialah untuk “menghapuskan Gaza dari peta”, “memusnahkan Hamas”, dan “memastikan semua tebusan dikembalikan.”

(Istilah “Amalek” merujuk kepada satu kaum purba yang dianggap musuh tradisi bangsa Israel. Dalam konteks moden, pemimpin Israel seperti Benjamin Netanyahu telah menggunakan rujukan kepada Amalek untuk menggambarkan musuh seperti Hamas sebagai kejahatan yang mesti dihapuskan -satu penggunaan yang dikritik hebat oleh komuniti antarabangsa kerana memberi justifikasi agama kepada tindakan ketenteraan dan genosid terhadap rakyat Palestin.)

Media pro Yahudi mengingatkan bahawa pada 28 Oktober, ketika Israel memulakan pencerobohan daratnya ke Gaza, Benjamin Netanyahu mengumumkan matlamat tertinggi Israel: “Untuk memusnahkan musuh yang kejam.”

Beliau dengan angkuh mendakwa bahawa askar-askar Israel “berkeinginan untuk membalas dendam terhadap para pembunuh… dan berikrar untuk melenyapkan kejahatan ini dari muka bumi.”.

Tidak lama kemudian, Afrika Selatan memetik kenyataan Netanyahu itu  bersama dengan seruan serupa mengenai “Amalek” oleh ahli politik dan pegawai tentera Israel dalam aduan rasminya kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebagai bukti niat genosid Israel terhadap Gaza.

Peguam dan aktivis undang-undang Afrika Selatan, Tembeka Ngcukaitobi, mengingatkan Mahkamah Dunia bahawa pada 28 Oktober, Netanyahu menggunakan naratif Amalek ketika menghasut tenteranya untuk menyerang Gaza satu ideologi kekerasan yang menyeru agar penduduk Gaza dimusnahkan sepenuhnya, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Peguam dari Afrika Selatan itu turut menyatakan bahawa Netanyahu mengulangi naratif “Amalek” sekali lagi dalam sepucuk surat kepada askar-askar Israel pada 3 November.

Dalam surat tersebut, Netanyahu menulis:

“Kamu mesti ingat apa yang telah dilakukan oleh Amalek terhadapmu, ‘Pergilah sekarang dan kalahkan Amalek, dan binasakanlah segala miliknya tanpa belas kasihan; bunuhlah lelaki dan perempuan, bayi dan penyusu, lembu dan kambing biri-biri, unta dan keldai.’”

Ketika kekejaman besar-besaran berlaku di Bandar Gaza. Wartawan Al Jazeera, Hani Mahmoud, yang membuat liputan dari lokasi kejadian, menggambarkan situasi itu sebagai “sangat menyayat hati untuk menyaksikan menara-menara tinggi di Gaza City tumbang satu demi satu akibat taktik sistematik tentera Israel.”

Beliau menambah, “Yang dimusnahkan bukan sekadar bangunan – tetapi juga perkhidmatan penting, perkhidmatan yang amat penting bagi mereka yang cuba meneruskan hidup selepas hampir dua tahun perang.”

Beberapa minggu sebelum itu, Netanyahu sekali lagi menegaskan bahawa Israel bercadang untuk menguasai Gaza sepenuhnya. Dalam satu temu bual bersama Fox News di Baitulmaqdis, dengan penuh keangkuhan dan kedegilan, beliau menyatakan bahawa rakyat Israel “berhasrat untuk mengambil alih Gaza.”

Namun, obsesi Netanyahu untuk memusnahkan segala tanda kehidupan di Gaza, dengan pengeboman tanpa henti siang dan malam selama dua tahun, akhirnya menjadi perangkap bagi dirinya sendiri.

Gelombang solidariti global yang belum pernah berlaku sebelum ini menyaksikan jutaan manusia turun ke jalanan di seluruh dunia, menuntut penghentian genosid serta mengecam Netanyahu dan kumpulan penjenayah perangnya.

Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut mengecam Israel atas apa yang digambarkannya sebagai “pembunuhan besar-besaran terhadap orang awam” serta halangan sengaja terhadap bantuan kemanusiaan yang menyelamatkan nyawa.

Volker Turk, Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, menuduh Israel melakukan “jenayah perang demi jenayah perang”, sambil menyatakan bahawa skala kemusnahan di Gaza kini “menggegarkan nurani dunia.”

Dengan arus pendapat umum dunia kini beralih menentang Netanyahu dan rejim genosidnya, pemimpin Israel itu kini terdesak untuk menyuntik naratif baharu tentang “kemenangan dan kejayaan”, sambil berpaut kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di sisinya.

*Analisis ini dipetik daripada palestinechronicle

 


 

UNDILAH

[forminator_poll id=”4496″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img