Pemandu tersepit, patah tangan dalam kemalangan empat kenderaan

SEORANG lelaki berusia 36 tahun patah tangan selepas tersepit di bahagian pemandu sebuah kereta Honda City dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di laluan Subang menghala Lebuhraya Persekutuan berhampiran Clock Tower, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Ashbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.24 pagi.

Beliau berkata, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya bersama sebuah jentera kemudian digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 9.45 pagi.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan tiga kereta.

“Bas persiaran berkenaan tidak membawa penumpang ketika kejadian, manakala seorang lelaki berusia 36 tahun tersepit di bahagian pemandu sebuah Honda City,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ashrul Riezal berkata, anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan berkenaan.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan mengalami kecederaan patah tangan sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, tiada mangsa lain dilaporkan terbabit dalam kejadian berkenaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here