Seseorang tidak bersalah selagi tak disabit kesalahan – MT UMNO

MESYUARAT Majjlis Tertinggi UMNO malam tadi menegaskan bahawa prinsip kedaulatan undang-undang (Rule of Law) mesti sentiasa dihormati dan dijunjung, termasuk dalam sebarang tindakan penguatkuasaan serta proses siasatan terhadap mana-mana individu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, seseorang tidak boleh dianggap bersalah selagi belum didakwa, dibicarakan dan disabitkan kesalahannya oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat itu di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur.

Asyraf Wajdi berkata, sebarang tindakan yang bertujuan memalukan atau mengaibkan seseorang, termasuk membentuk persepsi seolah-olah individu yang baru ditahan bagi tujuan siasatan telah pun melakukan kesalahan, adalah bertentangan dengan prinsip keadilan.

Katanya, perkara tersebut turut bercanggah dengan prinsip anggapan tidak bersalah (Presumption of Innocence) serta semangat kedaulatan undang-undang yang perlu dipelihara.

Dalam pada itu, Dr Asyraf Wajdi menegaskan bahawa UMNO tidak akan mempertahankan sebarang salah laku, penyelewengan atau penyimpangan yang dilakukan oleh mana-mana pihak, termasuk dalam kalangan ahli dan kepimpinan parti.

Sebaliknya, katanya, mana-mana individu yang terlibat wajib dihadapkan ke muka pengadilan dan diberikan ruang untuk melalui proses undang-undang yang sewajarnya.

“UMNO konsisten bahawa parti tidak akan pernah mempertahankan sebarang salah laku, penyelewengan dan penyimpangan yang dilakukan oleh mana-mana pihak termasuk ahli dan kepimpinan parti yang wajib dihadapkan ke muka pengadilan melalui proses undang-undang.”



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here