Kerajaan MADANI tak pernah sokong judi – PM

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI tidak pernah menyokong aktiviti perjudian, sebaliknya komited mengekang kegiatan itu menerusi pengurangan jumlah cabutan khas nombor ramalan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sebaik menerajui pentadbiran negara, kerajaan telah mengurangkan kekerapan cabutan berkenaan daripada 22 kali kepada hanya lapan kali setahun.

“Orang kata Anwar ini tauke judi. Saya tidak sokong orang judi. Sebelum saya jadi Perdana Menteri, semasa kerajaan dulu perintah, cabutan (nombor ramalan) setahun ialah 22 kali.

“Saya buat secara berperingkat. Saya turunkan daripada 22 kali, jadi lapan kali setahun. Kamu hendak maki saya pasal (sebab) apa?” kata beliau ketika berucap pada Majlis Peluncuran Skim Usahawan Bangkit (SUB) MADANI Permatang Pauh di Dewan Yayasan Aman, Penanti hari ini.

Anwar berkata tindakan mengurangkan jumlah cabutan berkenaan adalah antara langkah yang diambil bagi membendung kegiatan perjudian dan beliau tidak seharusnya dipersalahkan atas dasar yang dilaksanakan oleh pentadbiran sebelum ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here