Enam penumpang cedera parah, feri Pulau Pinang berlanggar

ENAM penumpang sebuah feri Pulau Pinang cedera parah selepas kapal itu berlanggar dengan sebuah lagi kapal malam ini, kata Jabatan Bomba Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata kemalangan yang berlaku kira-kira 8 malam itu melibatkan 92 mangsa, dengan enam daripada mereka cedera parah dan dibawa ke hospital.

“Keadaan di terminal terkawal, dengan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital manakala penumpang lain telah meninggalkan lokasi,” kata jabatan itu, lapor FMT.

Ini merupakan perlanggaran pertama yang dilaporkan melibatkan perkhidmatan feri katamaran sejak ia mula beroperasi pada Ogos 2023.

Terdahulu, The Star melaporkan bahawa perlanggaran itu berlaku ketika feri tersebut dalam perjalanan ke Terminal Feri Butterworth dari Terminal Feri Raja Tun Uda di bahagian pulau.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC), Yeoh Soon Hin dalam kenyataan berkata pelanggaran itu melibatkan Feri Teluk Bahang dan kapal MV Mekar Jaya yang berlaku dalam had Pelabuhan Pulau Pinang.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, MV Mekar Jaya dilaporkan sedang melakukan pergerakan dari Dermaga Air Dalam Butterworth ke Swettenham Pier Cruise Terminal.

“Operasi perkhidmatan feri adalah berjalan seperti biasa dan tidak terjejas susulan insiden tersebut.

“SPPP bersama-sama Penang Port Sdn. Bhd. akan mengambil segala langkah yang sewajarnya bagi memastikan tindakan susulan yang diperlukan dapat dilaksanakan berkaitan penumpang yang terlibat serta keselamatan dan kelancaran operasi pelabuhan sentiasa terjamin,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here